About Me Order Site Map Movie

Friday 2 November 2012

Hantu Kapcai Berjaya Tonjolkan Sisi Berbeza Fizz Fairuz?




Assalamualaikum ... Budak Sweet'z Disini .. :D nih nak share artikle Hantu Kapcai Berjaya Tonjolkan Sisi Berbeza Fizz Fairuz ... teruskan membaca okayh.. :) Entry panjang ni ... ENJOYY



Hantu Kapcai Berjaya Tonjolkan Sisi Berbeza Fizz Fairuz?



Teks oleh: Syafiqah Jalal

TAJUK: Hantu Kapcai

GENRE: Aksi Komedi

PENGARAH: Ghaz Abu Bakar

PELAKON: Zizan Razak, Fizz Fairuz, Hairul Azreen, Remy Ishak, Izzue Islam, Neelofa

TAYANGAN: Mulai 27 September 2012

Sekali Imbas

Meskipun menggunakan perkataan hantu sebagai tajuknya, namun unsur seram langsung tidak ditonjolkan di dalam filem ini dan ianya memang sesuai dengan genre sebenarnya iaitu aksi komedi. Malah filem ini lebih banyak memaparkan kisah Mat Rempit dari sudut positif. Ditambah pula dengan unsur komedi menerusi watak hantunya yang digalas Zizan Razak itu pula langsung tidak menyerupai hantu atau mayat. Sebaliknya, pengarahnya Ghaz Abu Bakar menggunakan elemen fantasi untuk menggambarkan kewujudan hantu atau roh di dalam filem pertamanya.

Ulasan Penuh

Walaupun mengisahkan mengenai seekor hantu, namun dari mula hingga akhir tiada langsung memaparkan unsur seram atau sebagainya seperti filem hantu biasa. Malah watak hantu yang digalas oleh pelakon Zizan Razak lebih berperwatakan seperti seorang manusia. Cuma sifatnya sahaja berbeza apabila Zizan yang membawa watak Ajib yang berupaya muncul pada bila-bila masa serta di mana-mana sahaja tanpa boleh dilihat oleh manusia biasa.

Malah unsur hantu itu dijadikan sebagai fantasi kepada rakan Ajib iaitu lakonan Fizz Fairuz selepas dia satu-satunya manusia yang mampu berkomunikasi serta melihat wujudnya roh Ajib dengan mata kasar. Kelebihan Fizz menyebabkan orang disekelilingnya berasa pelik apabila melihat seperti dia berbual seorang diri.
Sebagai pengarah kreatif video muzik yang pertama kali mengarahkan filem penuh, Ghaz Abu Bakar cuba menyerapkan beberapa elemen dan angle berbeza dengan caranya tersendiri untuk mengadaptasikan watak hantu d sebagai roh yang berkeliaran. Malah, ada ketikanya, Ghaz cuba mengadaptasikannya sebagai jin dan lebih kepada dunia fantasi apabila Ajib mempunyai kuasa untuk menggerakkan sesuatu benda walaupun hanya bersifat roh.

Sementara itu, teknik CGI (Computer-generated imagery) yang digunakan pula agak tidak menjadi, malah audiens seolah-olah seperti menonton sebuah filem kartun kerana konsepnya terlalu fantasi serta boleh nampak seperti penggambarannya di lakukan dalam studio.

Menyentuh mengenai kredibiliti pelakon-pelakon di dalam filem ini, lakonan Zizan nampaknya tidak sangat berubah sepertimana watak-watak yang pernah dibawakan di dalam filem komedinya yang lain. Zizan masih tidak boleh lari dengan stail humornya yang sudah dapat dibaca atau sudah boleh dijangka.
Namun berbeza dengan Fizz Fairuz, wataknya sangat berlainan dengan watak-watak yang pernah dibawakan, apatah lagi dengan karakter diri sebenarnya. Di sini terus-terang penulis katakan, kredibiliti Fizz Fairuz sebagai pelakon harus dipuji kerana meskipun dia bukan seorang pelawak tetapi gaya serta memek mukanya membawakan watak ustaz 'wannabe' sangat kelakar dan mencuit hati. Ternyata lawak yang ditonjolkan Fizz mampu membuatkan audiens berasa tidak kering gusi.

Selain itu, di dalam filem ini penulis juga dapat melihat lakonan yang berbeza daripada Remy Ishak, Jika sebelum ini dia dikenali sebagai seorang yang macho dan bersifat hero serta baik, kali ini Remy berjaya mengeluarkan satu karakter yang berbeza dari diri sebenarnya apabila dia membawakan watak lelaki gangster yang tidak senonoh serta selekeh.

Secara keseluruhan semua pelakon termasuk pelakon baru dalam dunia perfileman iaitu Hairul Azreen dan Izzue Islam telah memainkan peranan yang sangat bagus. Malah, mereka telah berjaya membuatkan keseluruhan filem ini diwarnai dengan pelbagai karakter yang menarik.

Sinopsis


Mengisahkan tentang Ajib (lakonan Zizan Razak), seorang mat rempit yang kesempitan wang terjebak dalam perlumbaan haram dengan musuh ketatnya, Tiger (lakonan Remy Ishak) demi memenangi wang pertaruhan.
Bagi memastikan kemenangan berpihak padanya, Tiger telah melakukan khianat dalam perlumbaan itu sehingga menyebabkan kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa Ajib. Ajib kini menjadi hantu yang hanya mampu dilihat oleh calon Imam Muda di kampungnya iaitu Ibrahim (lakonan Fizz Fairuz).

Ibrahim terpaksa mencari jalan untuk meyakinkan keluarga Ajib dan memberi semangat kepada Akim (adik kepada Ajib, lakonan Hairulazreen) untuk menuntut bela di atas kematian abangnya, sekaligus menebus hutang Ajib.


_____________________________________________________________________________________________

KaDaNg-KaDaNg Allah HiLaNgkAn SeKeJaP MaTaHaRi KeMuDiAn DiA dAtAnGkAn PuLa GuRuH dAn KiLaT,PuAs KiTa MeNcArI Di MaNa MaTaHaRi,RuPa-RuPaNyA Allah InGiN MeNgHaDiAhKaN kItA PeLaNgI yAnG iNdAh ~



suka? cepat2 like , FOLLOW , dan komen :D tQ

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril