About Me Order Site Map Movie

Wednesday 14 November 2012

Info : Gerhana Matahari Di Utara Australia


بسم الله الرحمن الرحيم

Gambar Hiasan
Kira-kira 60,000 saintis, ahli astronomi dan peminat gerhana kini berkumpul di negara ini bagi menyaksikan gerhana matahari yang akan berlaku di utara Australia, awal pagi ini, 14 Nov waktu tempatan.
Bagaimanapun, keterujaan mereka untuk menyaksikan gerhana yang kali terakhir berlaku di wilayah ini 1,300 tahun lalu sedikit terjejas ekoran ramalan Jabatan Meteorologi Queensland cuaca mendung ketika gerhana itu berlaku.
Gerhana itu dijangka berlaku kira-kira dua minit bermula pada pukul 5.45 pagi waktu tempatan dengan gerhana penuh berlaku pada pukul 6.38 pagi atau pukul 4.38 pagi waktu Malaysia.
Sekiranya cuaca baik, orang ramai boleh melihat bulan dalam bentuk cakera hitam melintas di hadapan matahari yang akan mengakibatkan cuaca redup dan suhu jatuh. – Utusan Melayu

KaDaNg-KaDaNg Allah HiLaNgkAn SeKeJaP MaTaHaRi KeMuDiAn DiA dAtAnGkAn PuLa GuRuH dAn KiLaT,PuAs KiTa MeNcArI Di MaNa MaTaHaRi,RuPa-RuPaNyA Allah InGiN MeNgHaDiAhKaN kItA PeLaNgI yAnG iNdAh ~

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril