About Me Order Site Map Movie

Thursday 20 December 2012

Artis Muncul Di TV Perlu Patuhi Etika Berpakaian


بسم الله الرحمن الرحيم


KUALA LUMPUR 20 Dis. - Artis yang terlibat dalam penerbitan program untuk tayangan di stesen televisyen perlu mematuhi etika berpakaian yang ditetapkan beberapa kod etika dan garis panduan, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang.

Salang berkata kesemua kandungan rancangan yang disiarkan di televisyen swasta dikawal melalui peruntukan Syarat Khas Lesen, Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan undang-undang lain yang terpakai ke atasnya.

"Pihak stesen televisyen juga perlu memastikan kesemua kandungan prarakam seperti drama, filem, telefilem seram dan tahyul ditapis dan mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) sebelum boleh disiarkan di televisyen.
Beliau berkata tugas penapisan filem kini telah diperluaskan kepada stesen televisyen berbayar.

"Stesen Astro sebagai contoh, mereka mengamalkan dasar penapisan lebih ketat bagi setiap rancangan atau filem yang akan disiarkan di saluran mereka biarpun telah ditapis oleh LPF," katanya menjawab soalan Senator Khairiah Mohamed pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Salang berkata setiap rancangan yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pula perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan dalam Kod Etika Penyiaran Jabatan dan Garis Panduan LPF.

Beliau berkata pematuhan kepada etika berpakaian adalah selaras dengan tanggungjawab dan kepekaan kementerian itu terhadap kehendak masyarakat dalam aspek tatasusila dan sosiobudaya negara serta hasrat kerajaan untuk mewujudkan satu bangsa yang bertamadun, berbudaya maju dan bermoral tinggi.

Salang berkata kandungan rancangan yang disiarkan di televisyen juga tidak boleh menyinggung sensitiviti mana-mana agama, budaya dan masyarakat di Malaysia dan mesti selaras dengan nilai dan budaya tempatan.
Ibu bapa juga bertanggungjawab memantau program televisyen sebagai bahan tontonan seisi keluarga tanpa hanya mengharapkan tindakan penapisan setiap program yang disiarkan, katanya.

"Biarpun kita lihat cara berpakaian golongan muda kini berbeza dengan zaman 90-an, ia tidak bermakna mereka telah terpengaruh dengan program televisyen kerana situasi "langit terbuka" dan penggunaan Internet tanpa sempadan lebih mendedahkan mereka kepada pelbagai maklumat," katanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20121220/hi_03/Artis-muncul-di-TV-perlu-patuhi-etika-berpakaian#ixzz2FaK0B4KK
© Utusan Melayu (M) Bhd 


KaDaNg-KaDaNg Allah HiLaNgkAn SeKeJaP MaTaHaRi KeMuDiAn DiA dAtAnGkAn PuLa GuRuH dAn KiLaT,PuAs KiTa MeNcArI Di MaNa MaTaHaRi,RuPa-RuPaNyA Allah InGiN MeNgHaDiAhKaN kItA PeLaNgI yAnG iNdAh ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

2 comments:

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril