About Me Order Site Map Movie

Thursday 20 December 2012

Singapura Bawa Bekalan Selesa Ke Babak Kedua


بسم الله الرحمن الرحيم


KUALA LUMPUR - Singapura mengejutkan pasukan pilihan, Thailand dengan kemenangan bergaya 3-1 pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Jalan Besar, semalam.

Turun tanpa sebarang tekanan, pasukan tuan rumah sudah berada di hadapan seawal minit ke-9 melalui sepakan penalti yang disempurnakan Mustafic Fahrudin selepas penyerang veteran, Aleksandar Duric dijatuhkan oleh pertahanan Thailand.
Diasak hebat oleh Singapura, Thailand terpaksa meratapi kehilangan ketua pasukannya, Panupong Wongsa kerana mengalami kecederaan dan terpaksa digantikan dengan Nataporn Phanrit pada minit ke-26.

Gol di tempat lawan yang dicari oleh anak-anak buah Winfried Schafer akhirnya menjelma pada minit ke-58 yang bijak menghukum kerapuhan pertahanan Singapura yang tidak mengawalnya di hadapan pintu gol.

Namun, Singapura pantas membalas untuk mendahului kembali tiga minit kemudian melalui sentuhan menarik Khairul Amri yang bijak melakukan pusingan badan untuk memperdayakan pertahanan Thailand.

Impian Thailand untuk menyamakan kedudukan dua minit kemudian tidak kesampaian apabila sepakan percuma yang diambil Jakkaphan Pornsai sekadar mengenai palang.

Baihakki Khaizan akhirnya memastikan kemenangan selesa buat Singapura selepas pantas menyepak masuk bola yang terhidang di hadapan pintu gol hasil situasi kelam kabut dan membuatkan Schafer pasti resah memikirkan strategi terbaik mencari kemenangan sekurang-kurangnya 2-0 di tempat sendiri, Sabtu ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121220/su_10/Singapura-bawa-bekalan-selesa-ke-babak-kedua#ixzz2FaKa6zMZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 


KaDaNg-KaDaNg Allah HiLaNgkAn SeKeJaP MaTaHaRi KeMuDiAn DiA dAtAnGkAn PuLa GuRuH dAn KiLaT,PuAs KiTa MeNcArI Di MaNa MaTaHaRi,RuPa-RuPaNyA Allah InGiN MeNgHaDiAhKaN kItA PeLaNgI yAnG iNdAh ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril