About Me Order Site Map Movie

Tuesday 27 January 2015

Ezad Exist Pernah Disuruh Menyanyi Di Dalam Lokap


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !




Nampaknya, jika ada mana-mana penyanyi yang akan ditangkap selepas ini, mereka perlu bersiap sedia untuk menyanyi di dalam lokap kerana Ezad Exist juga memberitahu dia turut mengalami perkara yang sama ketika berada di lokap, hujung tahun lalu.
Menurut penyanyi kelahiran Alor Setar, Kedah, ini, dia juga pernah berdepan dengan kerenah anggota polis yang menyuruhnya menyanyi semasa ditahan.
“Memang ada yang suruh saya nyanyi masa itu, namun saya tak boleh menyanyi dan tak ada ‘mood’ kerana memikirkan keluarga, isteri dan anak di rumah. Mungkin mereka faham keadaan saya ketika itu dan tidak memaksa untuk menyanyi.
“Tetapi sepanjang berada di lokap, saya sering menangis mengenangkan nasib anak yang baharu setahun,” katanya yang memberitahu kes itu bakal disebut semula pada 5 Februari.
Namun dalam masa yang sama, Ezad yakin tidak semua polis bersikap sedemikian dan menyatakan jika ia wujud, cuma segelintir.
“Mungkin mereka teruja mendengar nyanyian secara live,” tambahnya lagi. 
SUMBER - ROTIKAYA

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril