About Me Order Site Map Movie

Tuesday 13 January 2015

Pihak Penganjur Lindungi "GADIS BERTUDUNG DICIUM ARTIS KPOP"


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Sebelum membaca entry terbaru shahril, Boleh tolong shahril sekejap tak ? klik semua iklan dekat sidebar belah kanan tu .. Lepas klik komen yaa . Nanti shahril klik iklan korang balik . Boleh tak ni ?? Kalau boleh terima kasih yee . Ni bukan saje2 nak dapat income tau, ni Untuk tabung belajar shahril . This year insyaAllah dapat masuk UNIVESITI :) Doa-doakan ea..


Isu Kpop lagi . jom baca . 






SUSULAN penyebaran klip video gadis Melayu yang kurang menyenangkan iaitu membabitkan adegan peluk dan cium dengan kumpulan artis Kpop, B1A4 pihak penganjur acara berkenaan TGM Events tampil menjelaskan perihal ‘sebenar’ perkara tersebut, melalui laman Facebook rasmi mereka hari ini. 

Menerusi penjelasan tersebut, pihak TGM Events memaklumkan bahawa sebagai penganjur acara, pihak mereka terpanggil untuk menjelaskan kontroversi mengenai insiden tersebut. 

Artikel berkaitan: Rela Dipeluk Artis lelaki KPOP

“Peminat dipilih secara rawak, berdasarkan soalan yang mereka letakkan pada papan mesej bersama nama pertama mereka. Artis, pengurusan artis dan penganjur tidak tahu identiti peminat yang dipilih itu sehinggalah mereka dibawa ke atas pentas. 

“Ia bukan sebahagian daripada protokol standard artis K-Pop untuk melayan peminat secara dekat. Walau bagaimanapun, memandangkan ini merupakan acara khas bertemu peminat, program ini dibuat khusus untuk menjalin keterlibatan dan interaktiviti peminat

Sebelum acara bermula, hos acara telahpun mengingatkan peminat supaya tidak menyentuh atau berada terlalu dekat dengan anggota kumpulan penyanyi tersebut. 

“Mengenai klip parodi yang perlu dilakonkan semula, anggota B1A4 telah bertanya dan menjelaskan kepada peminat yang terpilih itu sama ada mereka tidak selesa dengan aktiviti berkenaan. Namun, peminat terpilih itu telah memberi kebenaran di atas pentas, di hadapan audiens,” jelas kenyataan tersebut. 

Menyentuh perihal yang sama, pihak TGM Events memberitahu, perlakuan ‘sumbang’ itu sama sekali tidak dibenarkan oleh pihaknya, kerana pihak TGM Event mengambil maklum mengenai perkara tersebut. 

“Kami tidak mendiskriminasi mana-mana peminat berdasarkan kaum atau agama mereka. 

“Oleh sebab itu, program-program kami dirancang bersesuaian dengan minat audiens kami. 

“Soal menghalang peminat daripada melakukan aktiviti yang mereka mahu sertai secara sukarela adalah bukan dalam bidang kuasa kami,” jelas kenyataan itu lagi. 


Dalam pada itu, pihak TGM Events memaklumkan bahawa sebagai langkah keselamatan, pihaknya akan melindungi maklumat tentang peminat yang terlibat. 

“Kami juga tidak melayan gangguan secara dalam talian. Maka, kami tidak akan mengeluarkan sebarang maklumat tentang peminat yang terlibat. Kami melindungi privasi mereka termasuk aspek fizikal dan psikologi. 

“Pada masa akan datang, kami akan mempertimbangkan implikasi budaya dan agama dalam hal interaksi antara peminat dan artis," jelas pihak TGM Events lagi. 




SUMBER : Kami the media


~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

1 comment:

  1. mereka terlalu teruja la tuu, apa orang kata, otak kata jangan hati pula kata ya..(lagu najwa latif)
    Isi tabung yg klik sini, klik sini tu.. .. :D

    ReplyDelete

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril