About Me Order Site Map Movie

Friday 6 February 2015

5 Sebab mengapa Sepahtu boleh TAPAU Zero di final MLM2014


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !


Malam ini bakal berlangsung final Maharaja Lawak Mega 2014 yang menyaksikan 5 nama besar dalam arena lawak negara berentap bagi dinobatkan juara. Persoalannya, siapakah akan dijulang sebagai juara di antara Nabil, Sepahtu, Zero, Shiro dan Zero? 

Kejayaan Zero melangkah ke pentas final sudah pasti suatu boleh dibanggakan. Hanya bermula sebagai peserta hot seat, Zero kini dianggap setaraf dengan kumpulan pelawak lain seperti Sepahtu. 

Namun, mampukan mereka tapau Sepahtu? Atau Sepahtu yang bakal tapau Zero? Berikut merupakan pandangan kami. 

Lawak Spontan Sepahtu 




Antara kelebihan Sepahtu yang membezakan mereka dengan yang lain ialah lawak bersahaja dan spontan, namun mampu membuatkan penonton ketawa. Kehebatan Jep dan Shuib dalam Karoot Komedia sememangnya advantage buat mereka berdua. 

Berbeza buat Zero, lawak mereka seolah sudah dirancang dengan baik namun andai berlaku sedikit kesalahan, mereka gagal untuk cover. Pada masa sama, lawak Zero lebih kepada perbuatan dan body languange. Sehinggakan Datuk Jalaluddin Hassan sendiri pernah memberikan komen Zero lagi kelakar jika tiada dialog. 

Tema Muzikal, Suara Jep & Shuib Terbaik 


A video posted by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on 


Memang tidak boleh dinafikan lagi bahawa Jep mempunyai vokal yang menarik, malah pernah menghadiri ujibakat Akademi Fantasia sebelum bergelar pelawak. Jep dan Shuib juga kerap memuatnaik video nyanyian mereka di Instagram untuk tatapan peminat. 

Jadi kami rasa untuk tema muzikal malam ini, tak ada masalah buat Sepahtu untuk tapau Zero. Persoalannya, Zero pandai nyanyi ke tak? 

Ungguli Senarai Undian 




Sepanjang program MLM ini, Sepahtu telah membuktikan kehebatannya apabila telah beberapa kali mengungguli senarai undian. Kami yakin Sepahtu mempunyai pengikut dan peminatnya yang tersendiri. 

Namun kehebatan Zero juga tidak boleh disangkal kerana mereka juga pernah menduduki senarai kedudukan undian. Ternyata peminat sekarang bijak menilai persembahan peserta yang bertanding dengan mengenepikan populariti semata-mata. 

Pernah Tewaskan Jozan di Maharaja Lawak 2011 




Buat yang tidak tahu, Sepahtu pernah menewaskan Jozan di pentas final Maharaja Lawak 2011 sebelum pertandingan tersebut ditukar kepada Maharaja Lawak Mega. Ketika itu mereka masih lagi bersama Mamat. Walaupun ramai menjangkakan Jozan bakal juara, namun Sepahtu berjaya membuktikan mereka layak. 

Kejayaan Zero mengenepikan pelawak lain untuk mara ke pentas final juga boleh dibanggakan. Namun jika pengalaman dijadikan ukuran, banyak perkara lagi yang perlu dipelajari oleh Zero. 

Shuib Buktikan Kemampuan 




Ramai pihak mendakwa kekuatan Sepahtu sebenarnya ditunjangi oleh karakter dan kredibiliti Jep. Namun Shuib telah tampil membuktikan kebolehan dirinya apabila berjaya melakukan sit down comedy dengan bagus. Jadi, berdirinya Sepahtu sekarang ini keranan gabungan mantap Jep dan Shuib yang saling melengkapi. 

Pada masa sama, gabungan adik beradik Zero juga merupakan satu kelebihan besar buat mereka. Namun menurut pandangan kami, ketiga-tiga mereka masih belum membuktikan kebolehan sebenar. Andai Zero terus konsisten, tidak mustahil mereka bakal dinobatkan juara MLM untuk edisi akan datang. 

Berikut merupakan ramalam kami untuk pentas MLM2014 malam ini. 




Sumber: ohbulan.com 




~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril