About Me Order Site Map Movie

Thursday 12 February 2015

Azwan Ali Dedah Kisah Hidup Kumpulan ZERO


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum
    


Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !



KUALA LUMPUR, 11 FEB 2015: Dari awal lagi, Azwan Ali sudah meramalkan bahawa Zero akan menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014). Ternyata ramalan Azwan Ali benar belaka.
Apabila ditanya mengapa Azwan Ali siang-siang lagi sudah meramalkan Zero sebagai juara MLM2014, jawapannya yang diberikan Azwan cukup  mudah.
Kata Azwan Ali: "Zero memang sesuatu dan saya mula melihat mereka sesuatu terutama sekali Saiful sejak 3 tahun yang lepas. Masa itu, saya didik mereka untuk sebuah drama di RTM berjudul 3 Abdul yang mengisahkan Saiful menjadi mak nyah dan berkawan dengan Sharifah Sakinah - seorang pengkid.
"Saya juga adalah pengarah dan penulis skrip drama tersebut. Malangnya, drama tersebut teah ditolak oleh RTM serta tidak dapat disiarkan berikutan isu pelawak mengenakan baju wanita yang ketika itu telah telah mencetuskan kontroversi di dalam negara.  "Tapi, ketika itu saya reda dengan penolakan drama tersebut. Nak buat macam mana, tidak ada rezeki saya dengan barisan pelakon 3 abdul termasuklah Zero pada ketika itu," kata Azwan Ali kepada Portal Murai.


Menurut Azwan Ali lagi, sepanjang mengenali Zero pada ketika itu, dia dapat melihat sendiri kesukaran serta kepayahan yang terpaksa dilalui oleh kumpulan lawak 3 beradik itu demi menempatkan diri mereka di dalam industri hiburan tanah air.
"Mereka memang merangkak untuk cari rezeki dan untuk survived. Seringkali mereka mengadu dengan saya pelbagai perkara terutama bagaimana untuk mencari peluang di dalam industri ini.
"Saya sering memdengar luahan mereka dan pada waktu yang sama turut sama membantu membakar semangat mereka untuk berjuang.
"Melihat persembahan mereka di final MLM 2014, aku yakin mereka akan menang. Bayangkan dalam ramai-ramai peserta, mereka telah melakukan persembahan tarian Naga.
"Walaupun mereka mengambil budaya Cina di dalam persembahan mereka itu tapi mereka santat profesional dan langsung tak mecemarkan sensitiviti masyarakat Cina. Bagi saya mereka memang layak untuk menang.
"Kemenangan mereka itu juga bagi saya adalah satu ludahan buat pelawak2 sedia ada yang selama ini berangan serta berasakan mereka hebat.
"Dan kepada Zero, bila dah ada di puncak, janganlah lupa rumput yang ada di bumi. Jangan lupa diri dan korang asal susah jangan sekali-kali lupa asal-usul korang," kata Azwan Ali lagi.
SUMBER - MURAI

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril