About Me Order Site Map Movie

Friday 6 February 2015

Kenyataan balas Joe Flizzow terhadap Malique


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Respons Kenyataan Malique, Joe Flizzow Tiada Hasrat Hidupkan Too Phat
Respons Kenyataan Malique, Joe Flizzow Tiada Hasrat Hidupkan Too Phat

Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, 37, berkata, dia tidak mahu melakukan sesuatu perkara secara terpaksa tambahan pula ia turut melibatkan pihak lain bagi menjayakan hasrat itu.Penyanyi rap Joe Flizzow menjelaskan dia tidak berminat untuk menghidupkan kembali kumpulan Too Phat yang turut dianggotai oleh sahabatnya, Malique.
“Buat masa ini saya tidak berminat untuk hidupkan semula Too Phat kerana kumpulan itu melibatkan dua individu.
“Saya tidak boleh paksa pihak satu lagi (Malique) jika dia tidak mahu berbuat demikian kerana ia memerlukan komitmen dan perhatian penuh dan bukan sekadar untuk memuaskan hati orang lain,” katanya kepada mStar Online.
Penyanyi lagu Apa Khabar itu ditemui pada rakaman program Muzik-Muzik 30 di Studio C, Sri Pentas Bandar Utama di sini pada Khamis.
Malique (kiri) bersama Joe Flizzow dalam kumpulan Too Phat suatu ketika dahulu.
Malique (kiri) bersama Joe Flizzow dalam kumpulan Too Phat suatu ketika dahulu.
Joe Flizzow berkata demikian sebagai respons kenyataan Malique menerusi laman web syarikat rakaman miliknya, Qarma Musiq yang memberitahu tidak bercadang untuk menghidupkan semula kumpulan itu.
Malah Malique dalam kenyataan itu turut menegaskan dia tidak mahu dikaitkan atau menjawab mana-mana lagi berkaitan dirinya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai kenyataan Malique itu Joe Flizzow berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan perkara itu malah menerimanya dengan baik.
Tambah Joe Flizzow juga mengakui tidak berhadapan dengan apa-apa masalah terhadap Malique walaupun mereka sudah tidak lama bertemu.
“Kalau itu yang dia katakan maka itulah dia,” ujarnya ringkas.
Sementara itu, Joe Flizzow berkata, buat masa ini dia sedang memberi fokus kepada penerbitan album dua artis dibawah naungannya iaitu SonaOne dan Illa Damila yang dijangka akan dipasarkan pada tahun ini.

Sumber: Mstar



~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril