About Me Order Site Map Movie

Monday 9 February 2015

Komen SEPAHTU berkenaan kemenangan ZERO di MLM2014


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !


Rancangan Maharaja Lawak Mega 2014 baru sahaja berakhir jumaat lalu dengan kumpulan Zero dinobatkan sebagai juara baru. Mereka membawa hadiah berupa RM500,000 beserta trofi. 

Manakala bekas juara MLM 2013, Sepahtu hanya mampu menduduki tempat kedua meskipun mereka diramal sekali lagi menjadi juara MLM edisi 2014. 

Susulan kemenangan mengejut kumpulan Zero itu, ramai masih terus ternanti-nanti apakah komen dan respon sebenar dari Jep Sepahtu. 

Umum mengetahui, kumpulan Zero telah berjaya menjuarai Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) dan diikuti dengan kumpulan Sepahtu. 

Ahli kumpulan Sepahtu, Jep dan Shuib telah memberi sedikit komen mengenai hubungan mereka dengan kumpulan yang berasal dari Sabah itu. 




“Sebelum ini pun mereka ada berjumpa saya dan bercerita mengenai hasrat mereka sekiranya dinobatkan sebagai juara. 

"Bagi saya, kemenangan mereka adalah sesuatu yang tepat kerana ia adalah di saat mereka sangat memerlukan wang kemenangan tersebut. 

“Apapun, mereka memang layak bergelar juara kerana mampu memberikan persembahan terbaik setiap minggu," kata Jep Sepahtu. 

SUMBER : kamithemedia.blogspot.com 




~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

3 comments:

  1. Ping artikal blog anda di sini untuk mendapat kan lebih trafik di blog anda
    http://www.pingmeblog.com/

    ReplyDelete

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril