About Me Order Site Map Movie

Monday 9 February 2015

Memang Kami Susah Tapi Bukan Alasan Minta Simpati Orang - ZERO


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !


SMS NEWS PORTAL
Salah seorang anggota kumpulan Zero, Sharif menegaskan kisah kesusahan yang dilalui bukan taruhan untuk memancing juri dan pengun­di sehingga berjaya dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014.

Menurutnya, kemenangan itu adalah rezeki yang mereka sendiri tidak sangka.
“Memang kami susah. Tetapi, semua itu bukan alasan untuk kami meminta simpati orang.
“Sebelum ini kami hanya be­kerja sebagai nelayan dan buruh kasar. Kesusahan itu membuatkan kami cuba untuk mengubahnya. Tidak sangka, peluang memasuki program Raja Lawak sebelum ini menonjolkan bakat seni yang kami ada. Di situ, kami mula sedar hidup semakin bersinar,” katanya.
Zero turut dianggotai Syaiful dan Atu yang merupakan tiga beradik berasal dari Sabah. Kehebatan mereka dengan lawak yang bertenaga semasa pentas akhir MLM 2014 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil membuahkan hasil dan membolehkan mereka membawa pulang wang tunai bernilai RM500,000 dan trofi.
Berkongsi tentang duit kemenangan, Sharif memberitahu, akan menghantar ibu mereka untuk menunaikan haji di Mekah.
“Itu antara salah satu daripada tiga hajat kami jika peroleh kemenangan. Kami juga akan menggunakan duit ini untuk membuat rumah dan selebihnya akan digunakan untuk perkahwinan Syaiful.
“Syukur kami menang malam ini walaupun tidak mengharap. Tak kira nombor berapa atau ter­singkirnya kami daripada MLM, kami tetap akan menunaikan hajat untuk keluarga,” katanya.
Tahun lalu, Zero pernah me­nyertai MLM 2013 tetapi tersingkir pada minggu kelima.
Untuk MLM 2014, Zero berjaya menewaskan Sepahtu yang sekadar berpuas hati di tempat kedua, Nabil (ketiga), Shiro (keempat) dan Bocey di tempat kelima.

SUMBER - PINGJE

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

2 comments:

  1. jgn lupa ping artikal blog anda di sini http://www.pingmeblog.com

    ReplyDelete
  2. rezeki diaorang nak buat cane :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril