About Me Order Site Map Movie

Thursday 19 February 2015

Tegar Kini Kembali Mengemis Apabila Ditipu Oleh Pengurusnya


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Penyanyi remaja Indonesia Tegar, ditipu bekas pengurus dan kini kembali hidup susah sehingga menyebabkan ibunya kembali menjadi pengemis jalanan.

Menurut sumber yang juga bekas pegawai perhubungan awam syarikat rakaman naugan Tegar, penyanyi berusia 13 tahun itu kini hilang sumber pendapatan.

“Saya simpati dengan Tegar…Dia kini berada di kampung kerana tidak bekerja lagi. Pasport tegar telah dibawa lari bekas pengurusnya ‘A’.

“Disebabkan itu Tegar tidak boleh ke mana-mana dan terpaksa menolak tawaran ‘show’ di Malaysia kerana tiada passport.

“Kasihan ibunya kini kembali mengemis kerana mereka tiada wang…Tidak sangka ‘A’ tergamak aniaya Tegar,” luahnya kepada Astro Gempak baru-baru ini.

Tambah sumber lagi, ‘A’ seorang warga Singapura merupakan bekas pengurus kedua Tegar yang kini dipercayai berada di Kuala Lumpur.


“Saya dapat tahu ‘A’ di sini. Dia biarkan Tegar terkontang-kanting selepas dia dah tipu budak tu…Banyak duit Tegar habis disebabkan dia.

“Ibu Tegar pernah beritahu kepada salah seorang ahli kelab peminat Tegar di Malaysia yang anaknya tidak mempunyai sebarang simpanan sejak bersama ‘A’.

“Tegar juga pernah beritahu kepada ibunya dia tiada wang kerana ‘A’ membelanjakan wangnya sesuka hati,” ujarnya.

Tambah sumber, kali terakhir Tegar kelihatan bersama ‘A’ ialah pada dua minggu lalu ketika dia menghantar  penyanyi tersebut pulang ke Indonesia.

“Dia hantar balik selepas sebulan ‘simpan’ Tegar di Malaysia tanpa kebenaran ibu dan syarikat rakaman di Jakarta.

“Sepanjang tempoh itu Tegar tidak dibenarkan menghubungi ibunya di kampung dan ‘A’ telah merampas telefon bimbit Tegar.

“Di Malaysia ‘A’ gunakan Tegar untuk kepentingan diri dia sendiri dan mencari populariti. Dia bawa Tegar menumpang rumah peserta-peserta program realiti lawak di Malaysia sambil menjaja cerita-cerita bohongnya.

“Kepada ‘A’, sudah-sudahlah menipu dan menganiaya orang lain...Pulangkan sahaja passport dan barangan peribadi berharga Tegar yang dilarikan sebelum tindakan diambil,” katanya mengakhiri perbualan.




~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril