About Me Order Site Map Movie

Wednesday 18 March 2015

Berjayakah Datuk Siti Nurhaliza Kembalikan Imej Cadbury


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entri yang seterusnya.



Berjayakah pihak pengeluar makanan berasaskan coklat, Cadbury yang pernah dilanda kontroversi menampilkan selebrtiti sebagai memulihkan semula imejnya. In dibuat agar imej nya kembali  bersih dan mendapat kepercayaan daripada pihak pengguna terutamanya masyarakat Islam dengan pembabitan Datuk Siti Nurhaliza dalam salah satu iklan komersialnya yang telah pun disiarkan di kaca tv.
Sebelum ini semua produk coklat keluaran syarikat Cadbury kini mengalami kejatuhan yang amat teruk sehingga terpaksa mengambil pelbagai cara untuk mengembalikan keyakinan pengguna bahawa produk keluaran mereka adalah dijamin 100% oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Cadbury sekali lagi berusaha menyampaikan mesej bahawa produknya adalah halal, dengan menggunakan khidmat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza. Penampilan khas Dato’ Siti Nurhaliza bersama dengan geng busker ini dilihat sebagai satu usaha pihak Cadbury untuk mengembalikan kenyakinan pengguna.
Usaha itu juga dianggap sebagai cubaan menaikkan semula imej Cadbury yang telah tercalar akibat dakwaan palsu bahawa dua produknya mengandungi DNA babi.
Bagaimanapun, iklan terbaru Cadbury ini menerima respon yang negatif dari para pengguna media sosial. Ada diantara mereka masih ragu-ragu dengan status halal produknya sungughpun telah diberi jaminan oleh pihak JAKIM.
Sebelum ini, pihak Cadbury juga pernah membuat sebuah iklan yang sama dengan menampilkan seorang bapa yang baru pulang dari surau/masjid membawa coklat cadbury untuk anak-anaknya. Iklan pertama Cadbury selepas kes tersebut bagaimanapun dianggap tidak berjaya berikutan orang ramai terus memboikot Cadbury.
Tidak dinafikan bahawa pengguna Islam di negara ini berjaya memboikot Cadbury berbanding usaha-usaha memboikot yang lain seperti memboikot peniaga yang enggan turunkan harga barang, memboikot air mineral dijual dengan harga mahal dari petrol, dan lain-lain.
Namun, dengan iklan yang kedua ini, mampukah khidmat Dato’ Siti Nurhaliza mengembalikan imej syarikat berkenaan dan menyakinkan pengguna?
SUMBER - KAKI BERITA

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril