About Me Order Site Map Movie

Tuesday 24 March 2015

Filem Cicakman 3 Kutip RM2.5 Juta Dalam Tempoh 10 Hari Tayangan


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Cicakman 3 (2015) Full Movie
Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan filem Cicakman 3. Kutipan untuk filem yang diterajui oleh Zizan Razak dan Lisa Surihani ini sudah pun mencecah RM2.5 juta untuk tempoh 10 hari tayangannya. Ini adalah satu prestasi yang amat memberangsangkan lebih-lebih lagi di kala kemerosotan jumlah kutipan filem tempatan. Malah, ia lebih membanggakan kerana persaingan daripada filem Hollywood seperti Chappie dan Cinderella yang turut ditayangkan pada waktu yang sama.


cicakman 3

Shahril blom tengok dah filem Cicakman 3 (2015) Full Movie ini. Secara jujur, ia memang sebuah filem yang kelaka kot. Memang tergelak besar lebih-lebih lagi apabila muncul watak Bell Ngasri. Lawak Bell Ngasri memang menjadi. Filem ini juga mengangkat tema kekeluargaan apabila watak Zizan dan watak Lisa Surihani hampir bercerai kerana sikap Zizan yang tidak mahu berubah.

cicakman 3
Cicakman 3 (2015) Full Movie 

Buat yang belum menonton, silalah pergi ke pawagam berhampiran untuk melihat Cicakman 3. Sekali sekala sokong filem tempatan apa salahnya kan? Tahniah sekali lagi buat semua krew-krew Cicakman 3. Hasil usaha keras anda berbaloi dengan jumlah kutipan ini. Tahniah!!

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril