About Me Order Site Map Movie

Monday 23 March 2015

'Saya Kritik Kelantan, Bukan Hina Islam'


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


'Saya Kritik Kelantan, Bukan Hina Islam'


  


Penyampai stesen radio BFM yang dilanda kontroversi hudud Aisyah Tajuddin berkata beliau bertujuan mengkritik dasar PAS di Kelantan dan tidak berniat menghina Islam.

"Ia (video) menyangkut perihal politik, perkataan dan perbuatan ahli politik; dan tentunya tidak sekali-kali mengenai agama," katanya dalam kenyataan hari ini.

"Perlu dinyatakan bahawa liputan media berkenaan insiden ini telah mengaburi maksud sebenar yang ingin disampaikan video ini, yakni untuk menggalakkan wacana yang berlangsung seputar isu keadaan sosioekonomi rakyat Kelantan."

Bagaimanapun beliau tetap memohon maaf atas kemarahan dan reaksi negatif yang ditimbulkan daripada rakaman video tersebut.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf bagi nada dan cara penyampaian saya di dalam video tersebut. Saya tiada niat untuk mengherdik. Saya tiada niat untuk menghina.

"Namun kini saya sedar bahawa ia telah menimbulkan kemarahan. Maka untuk itu, saya benar-benar kesal dan memohon maaf. Saya tidak akan pernah, dalam apa-apa keadaan sekalipun, menghina atau mengutuk mana-mana agama apatah lagi agama saya sendiri," tambahnya.

Dalam video berkenaan, Aisyah antara lain menyampaikan mesej bahawa kerajaan Kelantan sepatutnya mengutamakan soal ekonomi dan bukannya pelaksanaan hudud.

"Agama digunakan untuk mengaburi mata rakyat untuk isu yang penting," katanya dalam rakaman video sepanjang hampir dua minit itu.

Dengan sinis, Aisyah dalam video bertajuk “Hudud isi periuk nasi?” turut menunjukkan bungkusan nasi lemak yang didapati tidak mengandungi isi.

Video berkenaan yang ditonton oleh lebih 3,000 orang itu diterbitkan tidak lama selepas kerajaan negeri Kelantan mengumumkan pelaksanaan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II, Rabu lalu. 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril