About Me Order Site Map Movie

Sunday 1 March 2015

Tips Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya.



Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.


1. Buffered earning
Buffered earning memerlulan traffik yang tinggi untuk pendapatan blog yang memuaskan. Traffik yang tinggi mestilah disertai dengan kandungan entri yang berkualiti.Pastikan traffik blog anda tinggi kerana pihak advertiser akan membeli jumlah unique visitors yang banyak justeru meningkatkan pendapatan blog anda.


2. Iklan Advertorial
Advertorial merupakan pendapatan nuffnang yang dikenali sebagai sponsored post.Advertorial merupakan artikel pengiklanan produk dimana pembayaran satu artikel produk tersebut sangat lumayan.Satu artikel boleh mencecah RM600.Untuk mendapatkan advertorial, blogger mestilah setia dengan nuffnang dan mempunyai traffik minimum 1000(seribu) sehari.


3.Faktor Demografik
Pastikan pembaca anda berasal daripada malaysia kerana pembayaran buffered earning hanya dibayar apabila pembaca dari Malaysia singgah ke blog anda.Nak tahu kenapa?Sebab iklan buffered earning hanya memfokuskan kepada per impression dari Malaysia.


4. Status nuffnang anda
Blogger yang menggunakan nuffnang mempunyai dua status seperti ordinary member(ahli biasa) dan glitterati( ahli eksklusif).Ahli glitterati nuffnang mendapat bayaran lebih tinggi berbanding ahli biasa.So, pastikan status anda adalah glitterati kerana peluang untuk mendapat pelbagai kempen nuffnang adalah lebih cerah.


5. Sertai kontest nuffnang
Pihak nuffnang selalu menganjurkan pelbagai kontest. Jika anda ada masa terluang, sertailah kontest anjuran nuffnang kerana hadiah yang ditawarkan amat lumayan dan boleh tingkatkan pendapatan blog anda bersama nuffnang.



~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

1 comment:

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril