About Me Order Site Map Movie

Tuesday 5 May 2015

Mia Ahmad & Syarul Ridzwan Sedang Bercinta?


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Mia Ahmad & Syarul Ridzwan Sedang Bercinta?


Menurut ruangan Diva Interaktif di Kosmo!, khabarnya pasangan yang serasi di dalam drama Hati Perempuan, Mia Ahmad dan Syarul Ridzwan sedang hangat bercinta namun ia masih baru dan belum diketahui umum.
Menurut sumber, mereka didakwa kelihatan sangat akrab ketika mengikuti rombongan siri selama dua hari di Melaka baru-baru ini. Malah jika dilihat gambar-gambar mereka bersama di dalam laman sosial Instagram juga kelihatan bagaikan ada hubungan yang lebih dari kawan sedang terjalin.
Mungkin juga ini cinta lokasi tetapi jika benar ada perhubungan istimewa yang terjalin di antara mereka, harapnya perkara tersebut bertahan lama. Malah ramai di antara peminat mereka mendoakan agar pasangan ini bersatu di Instagram mereka berdua.
Apa-apa pun, semoga Mia dan juga Syarul mampu menongkah pelabagai rintangan di dalam industri hiburan dan jika hati masing-masing sudah bertaut, tidak salah kiranya mahu berkongsi dengan peminat di luar sana yang sentiasa menyokong anda. 

3 comments:

  1. kalau tengok dekat ig, mmg macam ada pape je diorang ni.. hehe.. and ramai jugak peminat drama hati perempuan tu yg mendoakan diorang ni sampai ke jinjang pelamin.. ha gitu.. sweet kan.. hehe.. :D

    ReplyDelete
  2. Tapi dah dinafikan Syarul baru2 ni..

    ReplyDelete
  3. Tak tauu laa mana satu btol mna satu tak btol..bercinta ke idok nie..

    ReplyDelete

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril