About Me Order Site Map Movie

Wednesday 13 May 2015

Panduan Pelajar dalam Membuat Pilihan Jurusan yang Betul


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum



Assalamualaikum

Shahril nak share information ini dengan kawan2 shahril yang akan apply IPTA selepas dapat result SPM dan STPM. Panduan nie lebih sesuai utk ijazah, tetapi boleh juga aplikasi untuk diploma .

a. Kenali diri sendiri dahulu
Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang pelajar, ini adalah perkara yang paling penting untuk difikirkan. Adakah anda benar-benar mengenali diri anda ? Perkara ini benar-benar penting bukan sahaja untuk pemilihan kursus semasa dan selepas SPM, tetapi juga untuk anda menjalani kehidupan yang banyak menduga dan penuh cabaran.

Anda perlu sedar yang anda bukan lagi pelajar sekolah rendah. Anda sudah hampir dewasa dan perlu mengawasi sendiri setiap gerak-geri keputusan anda. Kematangan perlu diasah dan anda perlu pandai berdikari. Asasnya, anda perlu sedar di mana kekuatan anda, dan di mana kelemahan anda. Anda juga perlu singkap perkara-perkara yang anda minati dan sukai untuk dikaitkan dalam pemilihan kursus dan karier. Know what you want and know what you need. Ini perkara serius melibatkan masa depan anda.


b. Mengenai minat dan kebolehan
Satu perkara yang tidak patut dilakukan oleh pelajar-pelajar adalah mengikut trend/flow dalam pemilihan karier dan kursus. Ini kerana minat dan kebolehan anda dengan orang lain tidak sama. Setiap individual mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan karakter yang berbeza-beza.Anda mungkin mahu menyenaraikan segala karier yang bersesuaian denagn minat dan kemahiran anda. Kemudian, mendapatkan maklumat mengenai karier-karier tersebut. Dari situ, anda mungkin dapat menapis beberapa karier yang tidak sesuai dengan kemahuan dan keutamaan anda. Contohnya, anda mungkin meminati kursus perubatan, tetapi tempoh pengajiannya terlalu lama bagi anda, dan anda tidak pandai berkomunikasi dengan orang awam. Oleh itu, kursus ini mungkin tidak sesuai dengan anda.


Pada sesetengah pelajar, pemilihan kursus mungkin tidak menjadi masalah kepada mereka. Tetapi, untuk sesetengah pelajar yang lain, proses ini masih tidak memberikan keputusan yang jelas kerana terlampau banyak kursus dan karier yang mereka minati. Mungkin anda boleh mengambil beberapa kursus sekaligus, jika anda mampu dari segi kewangan dan bermotivasi tinggi. Tetapi, jika tidak, perkara ini akan menjadi sulit kerana berkemungkinan besar di sinilah akan bermulanya pengaruh ibubapa dan kawan-kawan.

Sesetengah sekolah seperti saya di MRSM dulu, menjalankan ujian inventori yang pada asasnya menilai apa kesukaan anda, apa yang anda tidak sukai dan perkara-perkara yang anda mahir dan tidak. Daripada kepututusan ujian tersebut, pelajar-pelajar boleh nampak kecenderungan mereka di dalam sesuatu bidang. Oleh itu, ujian ini sangat baik untuk anda jika anda masih keliru denagn pemilihan kursus.

c. Membuat keputusan berdasarkan tingkatan gaji di dalam karier
Sesetengah pelajar juga tidak perlu membuat pilihan kursus berdasarkan minat, dan hanya memandang kepada kemewahan daripada karier yang akan diceburi. Ini mungkin berkesan kepada mereka kerana tangga gaji yang tinggi boleh menaikkan motivasi dan semangat mereka untuk berjaya di dalam pelajaran.


Tetapi, anda perlu menilai juga sama ada anda layak untuk ke kursus tersebut berdasarkan kemahiran anda. Jika anda tidak layak atau tidak mempunyai sebarang kemahiran yang diperlukan dalam kursus itu, mungkin isu gaji perlu ditolak ke tepi dahulu.

d. Percayakan diri sendiri
Ramai pelajar tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri untuk memajukan diri lebih jauh. Anda perlu percayakan diri anda dan kebolehan anda kerana ini adalah salah satu proses mengenali diri sendiri, dan apabila anda kenal akan diri sendiri, self-esteem anda akan meningkat secara automatik.

Jika anda mempunyai pegangan yang teguh dan tidak berubah-ubah, anda pasti akan berjaya dalam apa jua yang anda lakukan. Ibubapa mungkin akan meragui akan pilihan anda dan memberikan nasihat yang patut anda ambil kira. Selepas itu, jika anda masih percaya yang pilihan anda adalah pilihan yang tepat, mungkin anda patut berbincang lebih mendalam dengan ibubapa anda mengenai pilihan anda.

e. Berbincang dengan ibubapa dan kaunselor.
Mendapatkan pandangan ibubapa adalah langkah yang bijak, tetapi awas! Kerana sesetengah ibubapa mungkin menilai pemilihan kerjaya dan mengaitkannya dengan wang. Walaupun mereka hanya ingin membantu, sesetengah dari mereka mungkin secara tidak sedar mempengaruhi anda untuk memilih kerjaya yang memberikan wang dan prestij yang lebih kerana mereka sudah biasa mengaitkan wang dengan hidup yang gembira dan senang. Dan pilihan mereka mungkin tidak sama dengan pilihan anda.

Akibatnya, anda mungkin akan menjadi keliru. Inilah masanya anda mendapatkan nasihat orang luar yang profesional seperti kaunselor-kaunselor kerjaya dan guru-guru. Mereka boleh dijadikan sumber maklumat mengenai kerjaya pilihan anda, dan memberikan nasihat yang tidak bias dalam pemilihan kursus tersebut.

f. Ambil masa untuk berfikir
Pelajar-pelajar patut mengambil masa untuk berfikir mengenai pilihan-pilihan kursus yang telah dibuat.


Antara perkara-perkara yang patut difikirkan untuk kerjaya adalah seperti:
-status gaji dalam kerjaya yang bakal diceburi
-peluang pekerjaan
-kemahiran yang diperlukan
-tangga kerjaya (peluang naik pangkat)
-kelayakan akademik
-jenis pekerjaan yang berpotensi dan apa tugas-tugasnya
-sama ada memenuhi keperluan/kemahuan diri
-kesesuaian persekitaran tempat kerja
-masa bekerja yang sanggup dikorbankan
-kemampuan diri sendiri dlm scope dgn subjek yang agak mencabar


g. Akhir sekali, ambil langkah ke arah pilihan kursus
Apabila anda sudah pasti dengan pilihan anda, ambillah langkah seterusnya untuk memasuki kursus tersebut, contohnya seperti mengisi borang dengan betul dan bagi seorang Muslim, bersolatlah Istikharaah dan bertawakal kepada Tuhan atas pilihan yang dibuat.

(UTK PELAJAR LEPASAN SPM): Jika anda masih lagi ragu-ragu dan keliru mengenai pemilihan kursus di universiti, anda mungkin mahu mengambil kursus-kursus minor yang diminati dahulu yang merangkumi prinsip-prinsip asas sebelum anda memilih kursus major. Dengan cara ini, anda mempunyai lebih masa untuk membuat pilihan dan mungkin melalui kursus-kursus minor yang anda pilih dapat membuka minda anda untuk membuat keputusan.


TIPS PALING UTAMA: Banyakkan solat istikharah dan yakin akan ketentuan ALLAH swt. Mendekati ALLAH adalah sebaik2 jln dalam apa jua penyelesaian. Percayalah.

UNTUK MAKLUMAT YANG LEBIH MENDALAM,DIHARAP IBU BAPA DAN PELAJAR-PELAJAR DAPAT MENANTIKAN E-BUKU @ E-BOOK  CIKGU (^-^) 

PELABURAN YANG BERBALOI UNTUK MASA DEPAN ANDA!

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA BINGUNG KE MANA ARAH TUJU SELEPAS SPM!

SELAMAT SEMUA YEA,SAMA-SAMA KITA BERDOA UNTUK KEPUTUSAN SPM YANG TELAH KITA SELESAI JALANI INI >.

Wallahua'lam.


Sumber - Internet

2 comments:

  1. nice sharing . jangan menyesal di kemudian hari pulak nnt

    ReplyDelete
  2. Saya nak jadi peguam but saya sgt2 berkebolehan dlm sastera dan sains.. Saya pon jenis otak matematik.. Ramai cikgu harap saya boleh jadi Saintis atau Professor bila besar nnti sbb saya jenis kuat menghafal dan saya ada bakat dalam bidang kimia dan fizik tapi tapi saya nk jadi peguam T_T
    Dh jumpa kaunselor tapi tapi cam xde pape result punnnn ~_~
    Susah nk buat pilihan, dua2 bidang yg berbeza T...T *crying at the corner of ma room*

    ReplyDelete

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril