About Me Order Site Map Movie

Thursday 16 July 2015

Fitrah - Iklan Raya 2015 Dari Malaysia Airlines


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Fitrah - Sebuah iklan Raya 2015 dari Malaysia Airlines (MAS). Iklan Hari Raya 2015 bertajuk Fitrah dibawakan dalam bentuk sebuah drama pendek berdurasi 10 minit, dengan menampilkan hashtag #bettertomorrow. Sebuah drama pendek dwibahasa, Fitrah memberikan apa makna fitrah kehidupan seorang manusia.

Fitrah - Sebuah drama pendek diarahkan oleh Linus Chung dan Mohd Hisham Salleh. Ia memaparkan kehidupan sebuah keluarga berkahwin campur di Malaysia - Keluarga Yassin.
Fitrah - Iklan Raya 2015 Dari Malaysia Airlines

Fitrah - Iklan Raya 2015 Dari Malaysia Airlines

Yassin, seorang juruterbang MAS, berkahwin dengan seorang wanita cantik berbangsa Cina. Dan pada masa yang sama juga, telah mengambil anak angkat dari keluarga sebelah isterinya - apabila anak itu kehilangan kedua ibubapa dalam satu tragedi yang tidak dicerita.

Yassin telah mendidik anak tersebut di dalam persekitaran sebuah keluarga Islam, namun mengetahui hakikat bahawa itu bukan darah dagingnya, ia memberikan peluang untuk anak itu memilih jalannya sendiri apabila dewasa, mengikut fitrah seorang manusia.

Fitrah, sebuah drama pendek dari Malaysia Airlines (MAS) untuk memberitahu bahawa Aidilfitri 2015 adalah hari untuk memperlihatkan masa depan yang lebih baik #bettertomorrow bagi rakyat Malaysia.Bukan sekadar untuk masa depan yang kita nampak, tetapi juga lebih daripada itu - akhirat.

Ia mengajar dan mengingatkan umat Islam mengenai 3 perkara. Meh saksikan keseluruhan iklan raya 2015 ini daripada MAS bertajuk Fitrah, dan saya pasti anda boleh menangkap apa yang cuba disampaikan dalam iklan raya yang pada pandangan peribadi saya, antara terbaik pada Hari Raya 2015. Dan pastikan anda juga dengar lagu latar yang dimainkan dalam iklan ini.

Video Iklan Raya 2015 Bertajuk Fitrah daripada MAS

Sebuah kisah dan drama pendek yang sedih. Ada pengajaran sangat besar cuba disampaikan.


"Challenges and adversity are certain in life but cherish the moments and always look ahead towards a better tomorrow. Follow Yassin as he learns to be grateful for life’s trials, for it is through them that we should reflect on our existence this Aidilfitri. Take heart that every departure is complemented by the arrival of something new." - MAS

Lagu latar yang mengiringi drama pendek iklan Raya 2015 bertajuk Fitrah dilagukan oleh Nastia menampilkan Liyana Fizi.

Nastia - Esok Belum Tiba feat Liyana Fizi

Lirik Lagu Esok Belum Tiba

Terjaga, ku disentuh lembutnya suria,
dan siang pun berubah
pelangi hidup disambut senja 

Pabila,
kau cuba buktikan pada semua,
kau bersungguh membina,
apa yang kan runtuh jua

Sedarlah kita,
malam mungkin ada.
Sedarlah,
esok belum tiba.
Kejutkan aku bila kau bersedia

Oh bintang setia,
menari di angkasa,
khabarkanlah pada mereka,
sesungguhnya nikmat didunia,
itu hanya sementara. 
Berdoalah kita,
moga terus bernyawa,
khabarkanlah pada meraka,
sesungguhnya nikmat di syurga,
itu kekal selamanya

Semoga dimanfaatkan mana yang difikirkan baik untuk semua. Salam Aidilfitri.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril