About Me Order Site Map Movie

Wednesday 22 July 2015

Rancangan Menarik Sepanjang Syawal 2015 di TV3


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Assalamualaikum..
Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir dan Batin :) Salam 5 Syawal. 
Kepada peminat-peminat setia TV3 jangan lupa untuk teruskan menonton drama, telemovie dan rancangan-rancangan yang menarik sepanjang Syawal ini.

MEH! RAYA MEH!
Jumaat, 17 Julai 2015
4.00-5.00 Petang
 Di hoskan oleh : Fara Fauzana & Sharnaaz Ahmad
Selebriti : Tomok, Asfan, Elizad, Izzue Islam, Aisya Hasnaa, Kaka Azraff





DAPUR PANAS VS 5 RENCAH 5 RASA

Jumaat, 17 Julai 2015
5.00-6.00 Petang

 Pertempuran hebat untuk mendapatkan gelaran chef terbaik di antara dua chef terkenal iaitu Chef Fikree dan Chef Sherson. Mereka perlu memasak hidangan yang paling sukar yang pernah mereka masak seumur hidup mereka. Menariknya, kejayaan mereka akan bergantung pada selebriti jemputan yang akan membantu mereka di dapurtanpa pengetahuan mereka. Ironinya, selebriti jemputan, Zahirah McWilson dan Noni Nadhirah yang lansung tidak tahu masak.





EDISI KHAS - NEGERI SEMBILAN VS KELANTAN

Jumaat, 17 Julai 2015
11.00-12.00 Malam


 Saksikan pertempuran hebat selebriti seperti Izzue Islam, Iwere, Waris, Ebby Yus dan juga peserta Bintang Mencari Bintang (BMB) berentap menyanyikan lagu-lagu secara rap dan membuat lawak mengenai isu semasa mengikut loghat Negeri Sembilan dan Kelantan untuk memenangi pertandingan ini.





YE KE?! RAYA

Sabtu, 18 Julai 2015
4.00-5.00 Petang


Hos : Ogy Ahmad Daud & AG HotFM

Selebriti : Dato' Malek Noor, Kamal Adli, Nomad, Ajai, Zoey Rahman, Amaris & Wak Doyok





ANUGERAH JUARA LAGI (A.J.L)

Sabtu, 18 Julai 2015
5.00-6.00 Petang

 Pernahkan anda membayangkan anugerah muzik paling hebat di Malaysia. Anugerah Juara Lagu (AJL) dijadikan bahan parodi? Anugerah Juara Lagi akan membuat parodi dengan pilihan persembahan terhebat dalam sejarah oleh pelawak terkenal seperti Abam, Jihan Muse, Ain Sufia, Achey dan Ammar.

Antara persembahan yang akan dijadikan parodi ialah Jamal Abdillah (Senandung Semalam), Ramlah Ram (Kau Kunci Cintamu Di Dalam Hatiku), Siti Nurhalizah (Jerat Percintaan), Faizal Tahir (Sampai Syurga, Karma & Hanyut), Noraniza Idris (Dikir Puteri) & Sudirman (Merisik Khabar).

Hos : Ammar, Isey, Amyza Adnan & Fizie HotFM





MELODI RAYA

Ahad, 19 Julai 2015
12.30-1.30 Petang

 Melodi Raya kali ini ingin memberi penghargaan dan penganugerahan untuk artis-artis  yang dibuat secara online. Sebanyak 7 kategori dipertandingkan iaitu Artis Dinamik, Pasangan Pujaan, Artis Wanita Pilihan, Artis Lelaki Pilihan, Artis Sensasi, Personaliti Online & Anugerah Khas.

Berlainan dengan rancangan anugerah yang sedia ada, uniknya Melodi Raya akan menyerahkan anugerah yang dimenangi terus ke rumah pemenang.

Hos : Awal Ashaari





IN PERSON

Sabtu, 18 Julai 2015
12.00-12.30 Tengahari

Selebriti : Safiq Rahim, Shila Amzah, Fasha Sandha, Shaheizy Sam





GELAK BISTRO

Jumaat, 24 Julai 2015
9.00-10.00 Malam






MENTOR LEGEND RAYA

Ahad, 26 Julai 2015
9.00-10.00 Malam

 Berhibur dengan persembahan nyayian para protege dan juga mentor mereka daripada Mentor Legend sempena lebaran ini. Saksikan juga gelagat mereka menyakat pasukan lawan masing-masing untuk memenangi permainan yang disediakan peleh pihak produksi.

Protege : Azmil, Fahmi, Aina, Sarah, Tuah dan Nadeera

Mentor : Ella, Dayang Nurfaizah dan Ajai

Hos : Awal Ashaari 





MENJADI DIRIKU AZMIL

Ahad, 26 Julai 2015
6.00-7.00 Malam







KETUPAT LEMANG

Jumaat, 17 Julai 2015
10.00-12.00 tengahari

Sinopsis

Sebuah telemovie berkisahkan tentang kemaafan. Mengisahkan 3 generasi yang berlainan, 3 perspektif berbeza dan 3 kepercayaan berbeza. Sebuah teleraya tentang kemaafan, penerimaan dan penyesuaian diri.

Pelakon : Faradhiya, Johan As'ari,  Zaidi Omar, Dian P.Ramlee, Adik Eunous Madeonus, Adik Wafiy





PELITA PANJUT UNTUK MERTUA

Jumaat, 17 Julai 2015
2.00-4.00 Petang

 Sinopsis

Mengisahkan Azudin dan Aleeya yang sudah berkahwin namun kedua ibu mereka iaitu Puan Zaleha dan Puan Fatimah sering bermasam muka, seperti ada yang tidak kena dengan masing-masing. Azudin dan Aleeya mendapat idea untuk cuba bermasam muka. Ternyata, kejadian itu membuatkan Puan Zaleha dan Puan Fatimah curiga.

Mereka mula mezahirkan kebimbangan di atas sikap anak-anak mereka. Dan mereka sedaya upaya akan mencari jalan untuk memulihkan hubungan Leeya dan Azudin walau apa cara sekalipun

Pelakon : Dayana Roza, Fattah Amin, Liza Abdullah, Delimawati





JODOH KE UOLLS

Jumaat, 17 Julai 2015
9.00-11.00 Malam

Sinopsis

Memaparkan dua pasangan popular daripada drama bersiri Slo Aksia, apakah yang bakap terjadi apabila pasangan dari Kerana Terpaksa Aku Relakan, Tajul Razin dan Indah Halina bertemu Tengku Zaril dan Yuhanis dari Hati Perempuan?

Masihkah Indah Harlina ditakdirkan bersama Abang Zen ataupun hatinya bakal dimiliki oleh Tengku Zaril? Bagaimana pula dengan kemelut cinta antara Yuhanis, Tajul Razin dan Tengku Zaril?

Pelakon : Amar Baharin, Izreen Azminda, Syarul Ridzwan, Mia Ahmad, Nadzmi Adhwa




SEBELUM TAKBIR BERGEMA

Sabtu, 18 Julai 2015
9.00-11.00 Malam

 Sinopsis

Perebutan cinta seorang gadis, membuatkan Aidil berdendam kepada adiknya Akhbar. Kedua-duanya jatuh cinta kepada Asmira, gadis manis yang ibarat sekuntum bunga harum di kampung itu. Tanpa mengetahui hubungan Akhbar dengan Asmira, Aidil menyulam impian ingin membina istana bahagia. Asmira terperangkap dengan cinta Aidil dan penyakit Autisme yang dihidapai Aidil.

Pelakon : Shahz Jazle, Amar Asyraf, Siti Elizad, Wan Raja, Aripah Damanhuri, Roslan Salleh.





ABANG SADO KAU ADO?

Ahad, 19 Julai 2015
9.00-10.00 Malam

 Sinopsis

Mengenai seorang remaja kampung bernama Miskiah, yang merupakan seorang nelayan sungai. Miskiah sangat meminati artis popular yang berbadan tegap iaitu Sharnaaz Ahmad dan menggunakan media sosial untuk memasuki pertandinagn di mana hadiah utama berupa peluang berhari Raya bersama  Sharnaaz Ahmad. Biarpun Miskiah dikutuk oleh oleh kerana obsesinya itu, namun, gadis tersebut yakin dia akan memenangi pertandingan tersebut dan impiannya untuk bertemu Sharnaaz Ahmad akhirnya menjadi realiti.

Pelakon : Adiba Yunus, Sharnaaz Ahmad, Shiha Mentor, Idris Khan, Dottie, Amyza Adnan, Afzan, Izara Aishah





RUMAH KECIL UNTUK TUHAN

Isnin, 20 Julai 2015
9.30-11.30 Pagi

 Sinopsis

Kisah Umar, seorang anak kecil yang dahagakan kasih sayang seorang ibu dan ayah dek kerana asyik berbalah untuk mengisi ruang kecil di rumah mereka dengan koleksi barang masing-masing. Umar menggunkan ruang tersebut untuk menyendiri dan beribadah sementara ibu dan ayahnya, Razman dan Safia tidak endahkannya.

Pelakon : Nad Zainal, Fezrul Khan, Adik Izz Ilham, Jalil Hamid, Wan Maimunah






HOMESTAY RAYA

Selasa, 21 Julai 2015
9.30-11.30 Pagi

 Sinopsis

Mak Jemah (50-60an) yang berasa sunyi kerana ketiga-tiga anaknya tidak dapat pulang berhari raya telah menjadikan bilik-bilik di rumahnya itu sebagai homestay untuk anak-anak orang kampung yang pulang daripada bandar.

Malang tidak berbau apabila dua orang lelaki yang terlepas daripada rumah sakit jiwa yang menginap di homestay itu telah membuat kacau sehingga riuh sekampung. Kejadian tersebut menyebabkan anak Mak Jemah terpaksa pulang ke kampung.

 Pelakon : Ruminah Sidek, Fizz Fairuz, Izreen Azminda, Achong Sweetchild, Ku Faridah, Isey Titan, Adam Shah





GEROBOK RAYA

Sabtu, 25 Julai 2015
9.00-11.00 Malam

 Sinopsis

Mengisahkan Zah dan Muhsim yang kehilangan anak tunggalnya yang bernama Fatiyah ketika berusia 9 tahun. Bermula apabila Fatiyah keluar untuk ke kedai. Dia masih tidak muncul selama 10 tahun. Rami yang simpati dan ramai yang mengatakan Zah gila kerana setiap Hari Raya, Zah akan menjahir baju kurung berwarna merah atau biru untuk Fatiyah dan disimpan di dalam gerobok mereka. Suatu hari, heboh tentang berita penemuan tulang kanak-kanak di sebuah tangki air dan orang kampung mengesyaki ia adalah mayat Fatiyah.

Pelakon : Eja, Zamarul Hisyam, Shukri Yahaya, Adik Khairisya, Zarina Zainordin



 P/S : Jangan lupa saksikan semua rancangan ini sepanjang Syawal ini hanya di TV3

2 comments:

  1. I truly love your website.. Very nice colors & theme.
    Did you create this web site yourself? Please reply back as I'm planning to create my own personal website and would love to find out where you got this
    from or just what the theme is called. Thank you!


    fille de chambre ()

    ReplyDelete
  2. Your mode of explaining everything in this paragraph is actually good, every one be
    able to simply understand it, Thanks a lot.

    manichord ()

    ReplyDelete

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril