About Me Order Site Map Movie

Sunday 19 July 2015

Siapa Humood Alkhuder ? ?


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Humood Alkhuder

Siapa Humood Alkhuder ? ? | Assalamualaikum .  Humood Alkhuder merupakan seorang artis / penyanyi yang lahir di Kuwait pada tahun 1989 . Humood dibesarkan di dalam keluarga yang pandai dan berpendidikan dengan mak dan ayahnya yang penyayang .


Siapa Humood Alkhuder ? ?


Ayah kepada Humood merupakan seorang profesor dalam bidang psikologi dan menerima ijazah PhD dari Great Britain . Di sanalah Humood banyak menghabiskan sebahagian besar zaman kanak-kanaknya .

Ibu Humood pula merupakan seorang yang mesra , berpendidikan dan kreatif . Humood suka berada bersama ibunya untuk mendengar nasihat-nasihat untuk memperbaiki dirinya . Ibunya sentiasa akan menolak Humood ke depan untuk mencapai matlamat dalam hidupnya . Ibu Humood merupakan pengaruh yang besar dan pemberi dorongan dalam sepanjang hidupnya .

Humood Alkhuder

Humood sering memberikan perhatian penuh dalam bidang seni . Beliau merasakan seperti ketagih dengan apa-apa yang kelihatan indah di dunia ini . Kerana itulah apabila beliau melihat dalam dirinya , muzik adalah yang pertama . Humood percaya setiap insan di muka bumi ini mempunyai kekuatan . Orang yang pintar adalah orang yang menggunakan semua potensi yang ada pada mereka kepada sesuatu yang berfaedah .

Humood merasakan Allah S.W.T telah menganugerahkan suara yang merdu dan bakat kepadanya . Beliau telah mencuba dengan sedaya upaya semenjak dari berumur 10 tahun untuk meningkatkan kemahiran dalam dirinya untuk menyumbangkan sesuatu yang berguna dalam dunia ini .

Humood Alkhuder

Bapa saudara kepada Humood merupakan seorang artis yang terkenal . Humood sering mengikut bapa saudaranya itu ke studio dan memerhatikan apa yang dibuat . Humood melihat cara bapa saudaranya menulis lirik , membuat irama , mengumpulkan vokal dan meberikan persembahan di atas pentas .

Humood belajar dari pengalaman bapa saudaranya , yang amat berguna dalam dirinya untuk mencapai kejayaan . Selepas itu , Humood mendapat beberapa tawaran daripada artis-artis untuk turut serta dalam album mereka dan tidak pernah terlepas sebarang peluang dan memberikan usaha menyanyi yang terbaik .

Humood Alkhuder

Humood Alkhuder - Kun Anta



Uji bakat pertama Humood sangat memberangsangkan . Dengan tindak balas positif yang diberikan daripada penonton akan sentiasa menjadi inspirasi untuk meningkatkan dan menyumbangkan lebih banyak lagu darinya dalam bidang seni ini . Sekian | Siapa Humood Alkhuder ? ? .

SUMBER - BLOG PARIH

4 comments:

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril