About Me Order Site Map Movie

Thursday 11 February 2016

Its My Birthday Month !


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum







  1. Berfikiran abstrak
  2. Sukakan benda yang realiti dan abstrak
  3. bijak dan genius
  4. berpersonaliti yang mudah berubah
  5. mudah menawan orang lain
  6. agak pendiam, pemalu dan rendah diri
  7. jujur dan setia pada segalanya
  8. keras hati untuk mencapai matlamat
  9. tidak suka dikongkong
  10. mudah memberontak jika dikongkong
  11. suka kegiatan lasak
  12. emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
  13. mudah mempamerkan marahnya
  14. tidak suka kepada benda remeh temeh
  15. suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
  16. sangat berani dan suka memberontak
  17. bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikanya
  18. pemerhatian yang tajam
  19. suka hiburan dan sukan
  20. suka benda yang bersifat seni
  21. sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran
  22. berkecenderungan kepada benda yang tahyul
  23. amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
  24. belajar untuk mempamerkan emosi

Baiklah.

Daripada kajian yang di buat oleh pakar motivasi Dr Fadzillah Kamsah di atas, boleh kita rumuskan secara ringkas bahawa mereka yang lahir dalam bulan Februari ini memiliki otak yang cerdas dan bijak. Sebabnya mereka mempunyai cita-cita yang tinggi dan berharap untuk merealisasikan impian dan harapan mereka. Itu personaliti yang bagus. Berkawan dengan orang yang lahir dalam bulan Februari mungkin menjadikan kita orang yang maju ke hadapan dan memiliki wawasan hidup.

Namun sesekali orang yang lahir pada bulan Februari kelihatan suka memberontak kerana tidak suka dikongkong. Emosinya mudah terluka dansangat sensitif. Tetapi merajuknya sekejap sahaja dan mudah melupakan kelukaan hatinya. Mungkin sebab itulah ia dipanggil personaliti yang mudah berubah-ubah. Sekejap marah tetapi sekejap sahaja sudah reda., (hmm...macam seseorang yang jauh...)

Akhir sekali yang tak sedapnya mengikut kajian di atas, orang yang lahir dalam bulan Februari cenderung kepada benda yang tahyul? Benarkah? Naa'uzubillah...benda dan kepercayaan karut ni salah satu yang melemahkan iman orang Islam. Jika ada sikap sebegini dalam diri anda, buangkanlah. Hapuskanlah. Percaya kepada Allah semata-mata adalah tiang iman yang utama. Jika tidak pincanglah rasa iman dalam diri seseorang Muslim.

Semoga kupasan di atas dibaca sebagai tambahan info dan tidak semestinya benar. Jika ada persamaan yang baik dengan diri anda, anggaplah ia sebagai penyuntik motivasi untuk jadi lebih baik.

#sebarkan bahagia. 


6 comments:

  1. Samalah kita,...akak pun birthday bulan dua :)

    ReplyDelete
  2. selamat hari lahir sahril..moga impian tercapai akhirnya. Cita2 sebagai blogger..kena teruskan..beri informasi sebanyak mungkin ya..kan muda lagi..

    ReplyDelete
  3. Semoga sukses dalam semua bidang yang diceburi..:)

    ReplyDelete

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril